Wasatiyyah menurut Quraish Shihab dan Keperluannya dalam Menangani Ekstremisme Beragama di Nusantara [Wasatiyyah according to Quraish Shihab and its Need for Tackling Religious Extremism in The Nusantara]
Keywords:
Wasatiyyah, Quraish Shihab, ekstremisme beragama, ghuluw, Nusantara religious extremismAbstract
Wasatiyyah sering difahami sebagai sikap mengambil jalan tengah, sedangkan pengertian tersebut tidak sepenuhnya menggambarkan konsep Wasatiyyah menurut Quraish Shihab. Pada masa yang sama, ekstremisme beragama terus menjadi cabaran dalam masyarakat yang mempunyai kepelbagaian agama, budaya dan latar sosial. Justeru, kajian ini bertujuan menganalisis konsep Wasatiyyah menurut Quraish Shihab, mengenal pasti faktor-faktor ekstremisme beragama serta meneliti pendekatan Wasatiyyah dalam menanganinya, khususnya dalam konteks Nusantara. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis kandungan terhadap karya Wasathiyyah: Wawasan Islam tentang Moderasi Beragama oleh Quraish Shihab serta sumber-sumber berkaitan. Hasil kajian menunjukkan bahawa Wasatiyyah tidak sekadar bermaksud berada di tengah, tetapi berasaskan keadilan, keseimbangan, ilmu dan pertimbangan yang tepat. Ekstremisme pula berkait dengan ghuluw yang boleh muncul melalui ucapan, perbuatan dan hati, serta dipengaruhi oleh faktor psikologi, sosial, ekonomi dan kesalahan dalam memahami agama. Pendekatan Wasatiyyah dapat diterapkan melalui pembetulan kefahaman agama, pengawalan emosi, dakwah berhikmah, pengiktirafan terhadap kepelbagaian serta pengukuhan pendidikan, perpaduan dan tanggungjawab sosial. Kajian ini menunjukkan bahawa Wasatiyyah mempunyai kepentingan sebagai kerangka beragama yang dapat membantu masyarakat Nusantara mengurus perbezaan dan mengurangkan kecenderungan kepada fanatisme serta ekstremisme.
Wasatiyyah is often understood as taking a middle path, although this interpretation does not fully capture Quraish Shihab’s conception of Wasatiyyah. At the same time, religious extremism remains a challenge in societies characterised by religious, cultural and social diversity. Therefore, this study aims to analyse Quraish Shihab’s concept of Wasatiyyah, identify the factors contributing to religious extremism, and examine the Wasatiyyah approach in addressing extremism, particularly in the Nusantara context. This qualitative study employs content analysis of Quraish Shihab’s Wasathiyyah: Wawasan Islam tentang Moderasi Beragama and related sources. The findings show that Wasatiyyah does not merely refer to occupying a middle position, but is grounded in justice, balance, knowledge and sound judgement. Religious extremism is associated with ghuluw, which may manifest through speech, actions and the heart, and is influenced by psychological, social, economic and religious-understanding factors. The Wasatiyyah approach can be applied through the correction of religious understanding, emotional regulation, wise da‘wah, recognition of diversity, and the strengthening of education, unity and social responsibility. The study demonstrates that Wasatiyyah provides a relevant framework for helping Nusantara societies manage differences and reduce tendencies towards fanaticism and religious extremism.












