Analisis Kesalahan Leksikal Bahasa Arab Dalam Kalangan Pelajar Bukan Penutur Natif [Error Analysis of Arabic Lexical Among Non-Native Speaker Students]
Keywords:
analisis kesalahan, kesalahan leksikal, bahasa arab, pelajar bukan penutur natif.Abstract
Bahasa Arab merupakan salah satu bahasa asing yang memainkan peranan penting dalam dunia pendidikan, agama dan akademik khususnya dalam kalangan masyarakat Islam. Penguasaan leksikal bahasa Arab menjadi elemen yang sangat penting kerana ia merupakan asas kepada kefahaman teks, pembinaan ayat yang tepat dan keberkesanan komunikasi lisan serta tulisan. Namun begitu, pelajar bukan penutur natif sering berhadapan dengan pelbagai kesukaran dalam menguasai kosa kata sama ada dari segi bentuk morfologi, semantik mahupun penggunaan dalam konteks komunikasi yang sebenar. Objektif utama kajian ini adalah untuk meneliti isu kesalahan leksikal secara menyeluruh. Kajian ini menggunakan gabungan kajian kualitatif dan kajian kuantitatif. Instrumen kajian ialah skrip jawapan kerja kursus iaitu ujian bertulis, ujian mendengar dan tulisan pelajar LAA100, LAA200 dan LLA100 bagi Semester 1 2023/2024, LAA100 dan LLA200 bagi Semester 2 2023/2024 yang berjumlah sebanyak 130. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar melakukan 54 kesalahan. Kesimpulannya, kajian ini diharapkan dapat memberikan sumbangan signifikan dalam bidang pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab sebagai bahasa asing khususnya dalam menambah baik kelemahan penguasaan kosa kata pelajar bukan penutur natif. Selain itu, hasil kajian ini juga diharapkan dapat menjadi rujukan penting kepada para pengajar dan penyelidik dalam merancang kaedah pengajaran yang lebih berkesan sekali gus meningkatkan kompetensi penulisan pelajar dalam bahasa Arab.
Arabic is one of the most prominent foreign language that plays an important role in the world of education, religion and academics especially amongst the Islamic society. The mastery of Arabic lexical has been an important element as it’s the basis of text understanding, accurate sentence formation and effective written and verbal communication. Nevertheless, non-native speaker students constantly face multi-faceted difficulties in vocabulary mastery either in the shape of morphology, semantics or realtime communication context usage. The main objective of this research is to examine the lexical errors as a whole. This research utilized both the qualitative and quantitative methods. The research instruments included 130 answer skripts from the coursework which are the writing test, listening test and writing assignments from LAA100, LAA200 and LLA100 for Semester 1 2023/2024 together with LAA100 and LLA200 from Semester 2 2023/2024. The research has found that the students have produced 54 mistakes. As a conclusion, It is hoped that this research will contribute significantly in the teaching and learning of Arabic as a foreign language especially in the efforts to improve the weakness in vocabulary mastery among non-native speaker students. Other than that, it’s also hoped that this research can be an important reference for teachers and researchers in the planning process of a more affective approaches that will simultaneously improve the students’ writing competency in Arabic.












