Fiqh al-Watan: Satu Pendekatan Berteraskan Tradisi Ilmu dan Kenegaraan [Fiqh al-Watan: An Approach Based on the Tradition of Islamic Knowledge and Statecraft]
Keywords:
Fiqh al-Watan, Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah,Abstract
Makalah ini membincangkan konsep Figh al-Watan sebagai satu pendekatan bersepadu berteraskan tradisi ilmu Islam dan prinsip kenegaraan yang relevan dengan cabaran semasa umat Islam, khususnya di Negeri Pahang. Fiqh al-Watan menekankan sintesis antara peranan Muslim sebagai Hamba Allah dan Khalifah Allah, berlandaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah melalui disiplin tauhid, fekah, dan tasawuf. Kajian ini menggunakan analisis dokumen dan kajian literatur bagi menelusuri latar belakang, kerangka modul, dan prinsip teras Fiqh al-Watan, termasuk nilai hubbul watan (cinta tanah air), penghayatan terhadap institusi kesultanan, adat resam, serta pemeliharaan alam sekitar. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan ini mampu memperkukuh kedaulatan, memupuk kerukunan, dan menjamin kelestarian negeri, di samping menangani krisis pemikiran,












