Analisis Fungsi Makna Ujaran al-Amr dalam al Arba’in al-Nawawiyyah [The Semantic Functions of Imperative Expressions in al Arba’in al-Nawawiyyah]

Authors

  • Syarifah Marsya Fariha Syed Kamaruddin Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Mohd Shahrizal Nasir

Keywords:

Ujaran al amr, al arbain al nawawiyyah, balaghah hadis, ilmu maani

Abstract

Himpunan hadis al Arba’in al Nawawiyyah mengandungi pelbagai ujaran al Amr (perintah) yang lazimnya difahami sebagai tuntutan perintah secara literal. Namun penelitian terhadap sabda Rasulullah saw menunjukkan bahawa tidak semua ujaran perintah tersebut membawa implikasi tuntutan wajib, sebaliknya berfungsi dalam pelbagai makna bergantung konteks pertuturan dan tujuan komunikasi. Justeru, kajian ini bertujuan mengenal pasti, menganalisis serta menghuraikan fungsi makna ujaran al Amr dalam al Arba’in al Nawawiyyah berdasarkan kerangka ilmu al Ma’ani. Kajian ini menggunakan pendekatan deduktif, induktif dan komparatif. Analisis berpandukan karya balaghah klasik dan kontemporari sebagai rujukan utama. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ujaran al Amr dalam al Arba’in al Nawawiyyah berfungsi dalam pelbagai makna seperti al Irshad, al Iltimas, al Tahdid dan al Amr al Haqiqi. Penentuan fungsi makna ini didapati sangat bergantung kepada konteks situasi dan tujuan komunikasi Rasulullah saw. Kajian ini menegaskan kepentingan pendekatan balaghah dan analisis konteks dalam memahami hadis Rasulullah saw secara tepat dan seimbang.

Downloads

Published

2026-03-02