Seorang Tua di Kaki Gunung: Satu Penelitian Gerotranscendensi [“Seorang Tua di Kaki Gunung”: A Gerotranscendence Study]

Authors

  • Eng Lye Ooi Universiti Sains Malaysia
  • Mohamad Luthfi Abdul Rahman Universiti Sains Malaysia
  • Mohd. Shahremy Ikmal Shahbudin Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Tukya, Lars Tornstam, konflik ,gerotransendensi, gerotransenden

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk memaparkan pemikiran dan emosi seorang tua yang dalam dunia perkampungannya di kaki gunung. Untuk kajian ini, pendekatan gerotanscendensi Lars Tornstam telah digunakan untuk meneliti sikap dan perubahan seorang tua yang teguh mempertahankan pendiriannya yang sudah sebati dengan corak kehidupan dan amalan tradisinya. Kajian ini akan menggunakan pendekatan gerotransdensi Lar Tornstam untuk menelusuri ketuaan dan proses penuaan watak protagonisnya Tukya dalam perjalanan kehidupannya. Ketuaan dan proses penuaan membawa pelbagai tafsiran dan persoalan untuk dikaji dan difahami. Novel “Seorang Tua di Kaki Gunung” memaparkan beberapa persoalan yang dihadapi oleh seorang tua. Ceritanya dimulakan dengan gambaran persekitaran perkampungan di kaki Gunung Bongsu, asal usul watak seorang protagonis tua yang diberikan gelaran “Tukya”. Perjalanan hidup protagonis tua ini telah digambarkan sebagai satu perjuangan untuk mempertahankan hak dirinya. Konflik kekeluargaan tercetus di antara Tukya dan anak menantunya yang sering menyindir dan menghina kehidupan di kampung. Watak protagonis tua ini yang terperuk di dunia, sentiasa bernostalgia pada masa mudanya dengan isteri dan anak-anak kecilnya. Rindu dan rasa tersisih merupakan inti pati emosi biasa yang berlegar dalam dirinya. Dapat dilihat bahawa watak ini seringnya mempunyai kefahaman mendalam dan intuitif tentang kitaran alam. Beliau bercakap dalam perumpamaan, melihat tanda dalam cuaca, dan tidak takut akan kematian, menganggapnya sebagai satu kepulangan. Ketegangan terakhir adalah semasa Tukya berjaya menumbangkan pokok cengal batu, tetapi ditimpa pokok cengal ini. Sungguhpun pengarang menjadikan kematian tragis Tukya sebagai suatu penyelesaian, namun melalui lensa gerotransendensi, anjakan ini merupakan kedamaian hati bagi Tukya dalam satu penyatuan dirinya dengan alam sebagai satu puncak kepada proses transendensinya. Rasa kesatuan dengan alam semesta ini merupakan satu anjakan ke dimensi kosmik oleh watak protagonis seorang tua di kaki gunung.

This study aims to present the thoughts and emotions of an old man within the world of his village at the foot of the mountains. For this study, Lars Tornstam's gerotranscendence approach has been used to examine the attitude and changes of an old man who steadfastly maintains his stance, which is already integrated with his lifestyle patterns and traditional practices. This study will use Lars Tornstam's gerotranscendence approach to trace the resilience and process of the protagonist character, Tukya, in his life journey. This resilience and process of resilience bring various meanings and questions to be studied and understood. The novel “An Old Man at the Foot of the Mountain” presents several issues faced by an old man. The story begins with a depiction of the environment of the village at the foot of the mountain, the origin of the old protagonist character given the title “Tukya”. The life journey of this old protagonist is portrayed as a struggle to defend his own rights. A family conflict erupts between Tukya and his son and daughter-in-law, who often mock and disparage life in the village. This old protagonist character, secluded in his world, is always nostalgic for his youth with his wife and young children. A sense of longing and a sense of isolation are the dominant emotional currents running within him. It can be observed that this character often possesses profound depth and wisdom about the cycles of nature. He speaks in parables, sees signs in the weather, and is unafraid of death, considering it a return. The climax occurs when Tukya succeeds in felling a new cengal tree, but is himself crushed by this cengal tree. Although the author presents Tukya's tragic death as a resolution, but through the lens of gerotranscendence, this shift is a sense of peace for Tukya in his state of unity with nature, serving as a peak to his transcendence process. This sense of unity with the universe is a shift to the cosmic dimension by the protagonist character, like a sage at the foot of the mountain.

Published

2025-11-12