Rekonstruksi Pemikiran Sastera Islam Melalui Gagasan Persuratan Baru Janaan Mohd Affandi Hassan [The Reconstruction Of Islamic Literary Thought Through Persuratan Baru By Mohd Affandi Hassan]

Authors

  • Mohd Adi Amzar Muhammad Nawawi Universiti Sains Islam Malaysia
  • Muhammad Hakim Kamal Universiti Sains Islam Malaysia
  • Amirah Ahmad Zain Universiti Sains Islam Malaysia
  • Khairul Asyraf Mohd Nathir Universiti Sains Islam Malaysia

Keywords:

Mohd Affandi Hassan, Persuratan Baru, sastera Islam, taklif, ilmu yang benar, estetika Islam

Abstract

Makalah ini membincangkan gagasan Persuratan Baru yang diasaskan oleh Mohd Affandi Hassan sebagai satu pendekatan baharu dalam memahami dan menilai kesusasteraan Melayu-Islam. Lahir daripada keprihatinan terhadap kecenderungan teori sastera moden yang dipengaruhi pemikiran sekular Barat, gagasan ini menegaskan keperluan mengembalikan nilai Islam sebagai asas epistemologi dan estetika dalam dunia persuratan. Melalui tiga prinsip utama iaitu elemen taklif (pertanggungjawaban), ilmu yang benar, dan siratan makna yang halus serta indah, Mohd Affandi Hassan menyeru agar pengarang dan pengkritik berperanan sebagai khalifah ilmu yang memikul amanah untuk menyampaikan kebenaran melalui karya yang sarat nilai rohani dan intelektual. Gagasan ini menolak karya yang hanya bersifat hiburan atau lahir daripada hawa nafsu, sebaliknya menekankan bahawa persuratan mesti berteraskan wahyu dan akal yang seimbang. Secara keseluruhannya, Persuratan Baru bukan sekadar teori sastera, tetapi satu sistem pemikiran Islam yang holistik, yang menggabungkan aspek etika, epistemologi, dan estetika bagi mengembalikan fungsi sastera sebagai wadah ilmu, dakwah, dan pencerahan akal budi.

This paper discusses the concept of Persuratan Baru (New Letters/Writing), founded by Mohd Affandi Hassan, as a novel approach to understanding and evaluating Malay-Islamic literature. Arising from a concern over the tendencies of modern literary theory, which is influenced by Western secular thought, this concept asserts the necessity of reinstating Islamic values as the epistemological and aesthetic foundation of literature. Through its three core principles—the element of taklif (accountability), true knowledge (ilmu yang benar), and the subtle and beautiful weaving of meaning—Mohd Affandi Hassan calls for authors and critics to assume the role of khalifah of knowledge, who bear the trust of conveying truth through works rich in spiritual and intellectual value. This concept rejects literature that is merely entertaining or born of base desires, emphasizing instead that writing must be grounded in revelation and balanced reason. Overall, Persuratan Baru is not merely a literary theory, but a holistic Islamic intellectual system that integrates aspects of ethics, epistemology, and aesthetics to restore the function of literature as a vessel for knowledge, propagation of faith (dakwah), and the enlightenment of the intellect and character.

Published

2025-11-11