Sorotan Literatur Pengurusan Wakaf di Arab Saudi [A Literature Review Waqf Management in Saudi Arabia]

Authors

  • Rokhaizat Rahmat Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Salmy Edawati Yaacob Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Wakaf, Pengurusan Wakaf, Wakaf Arab Saudi Waqf, Waqf Management, Waqf in Saudi Arabia

Abstract

Wakaf dalam Islam telah menjadi salah satu sumber kewangan sosial yang utama di Arab Saudi sejak sekian lama. Wakaf dimanfaatkan dalam pelbagai objektif sosial berbentuk pembiayaan secara berterusan, institusi dan projek-projek yang menyokong pembasmian kemiskinan, pendidikan dan penjagaan kesihatan. Di kebanyakan negara, sektor wakaf sedang giat aktif digerakkan dalam menyumbang secara strategik kepada pembangunan sosial dan ekonomi. Kejayaan wakaf dalam sesebuah institusi memerlukan pengurusan yang adil dan bersistematik demi mencapai kelestarian wakaf. Justeru itu, matlamat kajian ini adalah untuk menganalisis keberkesanan pengurusan institusi wakaf di Arab Saudi dalam menyumbang kepada KDNK negara. Dengan pengurusan yang efisien, dana wakaf berhasil membantu mencapai ekonomi berpendapatan tinggi kerana aktiviti wakaf itu sendiri dapat merangsang pertumbuhan ekonomi di Arab Saudi. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan kaedah analisis dokumen dan sorotan literatur sistematik. Data dikumpul melalui dokumen primer seperti laporan tahunan GAA dan dokumen rasmi kerajaan, serta dokumen sekunder termasuk artikel jurnal, tesis dan laporan penyelidikan dari tahun 2014-2024. Analisis data dilakukan secara tematik dengan memfokuskan kepada aspek pengurusan wakaf di Arab Saudi. Hasil kajian mendapati wujud usaha dari pihak GAA melalui program latihan pengurusan kepada pegawai dan aktiviti hebahan wakaf secara aktif seterusnya memberikan manfaat yang berterusan kepada institusi dan masyarakat. General Authority of Awqaf (GAA) juga mewujudkan rangkaian hubungan yang harmoni dengan semua pihak yang terlibat dalam aktiviti wakaf sama ada di peringkat negeri, negara dan antarabangsa bagi memastikan matlamat tercapai berlandaskan hukum Syara’. Dengan kejayaan ini dapat menambah aset wakaf negara seterusnya dapat dimanfaatkan ke setiap lapisan masyarakat.   

Waqf in Islam has been one of the main sources of social finance in Saudi Arabia for a long time. Waqf is utilized in various social objectives in the form of continuous financing, institutions and projects that support poverty eradication, education and healthcare. In most countries, the waqf sector is being actively mobilized in contributing strategically to social and economic development. The success of waqf in an institution requires fair and systematic management in order to achieve waqf sustainability. The objective of this study is to evaluate the effectiveness of waqf institutional management in Saudi Arabia in relation to its contribution to the nation's GDP. With efficient management, waqf funds have succeeded in helping to achieve a high-income economy because waqf activities themselves can stimulate economic growth in Saudi Arabia. This study employs a qualitative approach, including document analysis and systematic literature review methods. Data collection involved primary documents like GAA annual reports and official government documents, alongside secondary sources such as journal articles, theses, and research reports spanning from 2014 to 2024. Thematic data analysis was performed, concentrating on various elements of waqf management within Saudi Arabia. The results of the study found that there are efforts from the GAA through management training programs for officers and active waqf promotion activities, which in turn provide continuous benefits to the institution and society. The General Authority of Awqaf (GAA) also creates a harmonious network of relationships with all parties involved in waqf activities, whether at the state, national and international levels, to ensure that goals are achieved in accordance with Sharia law. With this success, the country's waqf assets can be increased and then utilized by every level of society.

Published

2025-09-15