Analisis Motivasi Pelajar dan Kebolehgunaan Guru Terhadap Jbug Land dalam Pembelajaran Jadual Berkala Unsur [Analysis of Student Motivation and Teacher's Usability of Jbug Land in Learning The Periodic Table of Elements]

Authors

  • Suzinursolahah Saleh Faculty of Islamic Contemporary Studies, University Sultan Zainal Abidin,
  • W Omar Ali Saifuddin Wan Ismail Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Nor Aishah Adnan Universiti Sultan Zainal Abidin
  • Wan Farah Wani Wan Fakhruddin Universiti Teknologi Malaysia
  • Sharizal Ahmad Sobri University of Derby, United Kingdom

Keywords:

Student Motivation, Teacher Usability, Gamification

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menganalisis motivasi pelajar dan kebolehgunaan guru terhadap modul JBUG Land dalam pembelajaran Jadual Berkala Unsur. Modul berasaskan gamifikasi ini diharap dapat meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari konsep Jadual Berkala Unsur yang sering dianggap sukar oleh mereka. Sebagai langkah pertama, kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui soal selidik yang melibatkan 362 pelajar Tingkatan 4 dari pelbagai sekolah di negeri Terengganu untuk menilai tahap motivasi mereka setelah menggunakan JBUG Land. Model ARCS oleh Keller (1987) digunakan untuk mengukur empat aspek motivasi: perhatian, relevansi, keyakinan, dan kepuasan. Bagi aspek kebolehgunaan guru, kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan temubual kepada guru-guru yang mengintegrasikan JBUG Land dalam pengajaran mereka. Dapatan kajian menunjukkan bahawa modul JBUG Land berjaya meningkatkan motivasi pelajar, dengan penekanan pada elemen-elemen gamifikasi yang mendorong keterlibatan emosi dan minat mereka. Selain itu, kebolehgunaan JBUG Land juga didapati mesra pengguna untuk guru, dengan panduan yang jelas serta reka bentuk yang intuitif. Secara keseluruhannya, kajian ini menyarankan bahawa penggunaan gamifikasi dalam pendidikan sains, khususnya dalam pengajaran Jadual Berkala Unsur, dapat memberikan impak positif terhadap motivasi pelajar dan penguasaan konsep. Hasil kajian ini memberikan bukti bahawa JBUG Land adalah alat bantu mengajar yang berkesan dalam meningkatkan pengalaman pembelajaran di bilik darjah

This study aims to analyze student motivation and teacher usability of the JBUG Land module in the learning of the Periodic Table of Elements. This gamified module is designed to enhance student motivation in understanding the concept of the Periodic Table, which is often perceived as challenging. The study employs a quantitative approach, using a survey involving 362 Form 4 students from various schools across Terengganu to assess their motivation after using JBUG Land. The ARCS model by Keller (1987) was utilized to measure four motivational aspects: attention, relevance, confidence, and satisfaction. In terms of teacher usability, a qualitative approach was employed through interviews with teachers who integrated JBUG Land in their teaching practices. The findings show that JBUG Land successfully boosted student motivation, particularly through gamification elements that foster emotional engagement and interest. Additionally, the usability of JBUG Land was found to be user-friendly for teachers, with clear guidelines and an intuitive design. Overall, the study suggests that the use of gamification in science education, particularly in teaching the Periodic Table, can have a positive impact on student motivation and conceptual mastery. The results provide evidence that JBUG Land is an effective teaching tool that enhances the learning experience in the classroom.

Published

2024-09-30