Pencirian Kesusasteraan Melayu Turath dalam Karya Tuan Husain Nasir [Characteristics of Turath Malay Literature in the Works of Tuan Husain Nasir]
Keywords:
Tuan Husain Nasir, Karya Turath, Ulama, Kearifan Bangsa, Peradaban MelayuAbstract
Tuan Husain Nasir (1863M-1936M) merupakan seorang tokoh ulama kelahiran Negeri Kedah yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang pendidikan dan penghasilan karya turath Melayu. Ulama silam telah berjaya membentuk pemikiran dan keintelektualan masyarakat semasa melalui kaedah yang sederhana namun memberi impak yang praktikal. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif melalui penganalisisan historikal berasaskan catatan dan rekod persejarahan bersumberkan manuskrip dan penulisan yang berkaitan. Kitab Qa?r al-Gha?th?yyah f? ?Ilm al-?uff?yyah ‘al? Shar??at al-Mu?ammadiyyah (Qa?r al-Gha?th?yyah) menjadi asas rujukan untuk menilai ciri kesusasteraan dan gaya penulisan Tuan Husain dalam artikel ini. Hasil kajian menunjukkan Tuan Husain telah memberi sumbangan kepada peningkatkan keintelektualan bangsa Melayu dengan menyampaikan pemikiran yang sinergi dalam berkarya, relevan, dan sesuai dengan tuntutan masyarakat pada zamannya. Sumbangan beliau dalam menghasilkan karya turath berjaya memperkukuhkan kearifan bangsa, signifikan kepada pembangunan peradaban Melayu yang unggul. Kajian ini menegaskan kepentingan penulisan ulama terdahulu dalam memperkaya khazanah intelektual Melayu dan membina asas peradaban yang berteraskan ilmu serta nilai Islam.
Tuan Husain Nasir (1863–1936) is a distinguished scholar from Kedah, recognised for his significant contributions to education and the creation of Malay turath literature. Past scholars have effectively influenced contemporary thought and intelligence through straightforward approaches, resulting in a lasting practical impact. This essay applies a qualitative methodology, drawing upon historical records and data obtained from manuscripts and other works. The book Qa?r al-Gha?th?yyah f? ?Ilm al-?uff?yyah ‘al? Shar??at al-Mu?ammadiyyah (Qa?r al-Gha?th?yyah) serves as a foundational reference to analyse the literary attributes and writing style of Tuan Husain. The study's findings indicate that Tuan Husain has enhanced the intellectual development of the Malay race by articulating synergistic ideas that are pertinent and aligned with the societal needs of his era. His contributions to the production of turath works have effectively enhanced the wisdom of the race, crucial to the advancement of a greater Malay civilisation. This study underscores the significance of prior academics' publications in enhancing the Malay intellectual heritage and establishing the foundations of civilisation rooted in Islamic knowledge and values.