Pengaruh Motivasi Guru Terhadap Keberkesanan Pengintegrasian Budaya Arab dalam Pengajaran Bahasa Arab [The Influence of Teacher Motivation on The Effectiveness of Integrating Arab Culture in Arabic Language Teaching]
Keywords:
Cultural Knowledge, Teacher Motivation, Teacher InstructionAbstract
Pengintegrasian pengetahuan budaya dalam pengajaran bahasa Arab sering kali berdepan dengan pelbagai cabaran. Antara cabaran utama adalah tahap motivasi guru dalam melaksanakan integrasi ini. Motivasi guru merupakan faktor kritikal yang mempengaruhi sejauh mana pengetahuan budaya dapat disampaikan dengan berkesan kepada pelajar. Kajian ini bertujuan untuk melihat pengaruh pengetahuan budaya terhadap motivasi guru dalam pengajaran dalam bahasa Arab. Kaedah tinjauan digunakan dengan 190 orang responden daripada guru bahasa Arab yang berkhidmat di tiga buah negeri di Zon Tengah Malaysia. Untuk mengkaji bagaimana motivasi guru boleh mempengaruhi pengetahuan budaya dalam pengajaran bahasa Arab di sekolah, PLS-SEM digunakan. Hasil kajian menunjukkan bahawa motivasi guru (‘motivasi’) dan pengetahuan budaya (‘budaya’) masing-masing berpengaruh positif dan signifikan terhadap pengajaran guru (‘ajar’). ‘motivasi’ juga berpengaruh positif dan signifikan terhadap ‘budaya dan ‘motivasi’ berpengaruh positif dan signifikan berperanan memediasi antara ‘budaya dan ‘ajar. Justeru, dalam mengintegrasikan pengetahuan budaya dalam pengajaran bahasa Arab, motivasi guru (‘motivasi’) mempunyai nilai jalur koefisien sebagai mediator antara ‘motivasi dan ‘ajar’ adalah 0.498, iaitu bernilai positif. Nilai P = 0.000 < dari nilai tingkat signifikan 0.05, Manakala nilai T-statistik 10.800 iaitu > 1.96 membuktikan bahawa motivasi guru (‘motivasi’) berpengaruh positif dan signifikan memediasi antara pengetahuan budaya (‘budaya’) dan pengajaran guru (‘ajar’). Oleh itu, program-program dan latihan peningkatan profesionalisme keguruan harus dilaksanakan secara berterusan sebagai untuk membantu menambahbaik pengetahuan guru tentang budaya Arab sekaligus dapat meningkatkan motivasi guru dalam mengajarkan bahasa Arab di sekolah.
Integrating cultural knowledge into Arabic language teaching often faces various challenges. One of the main challenges is the level of teacher motivation in implementing this integration. Teacher motivation is a critical factor that affects how effectively cultural knowledge can be conveyed to students. This study aims to examine the impact of cultural knowledge on teacher motivation in Arabic language teaching. A survey method was used with 190 respondents from Arabic language teachers working in three states in Central Malaysia. To investigate how teacher motivation can influence cultural knowledge in Arabic language teaching in schools, PLS-SEM was employed. The results indicate that teacher motivation (‘motivasi’) and cultural knowledge (‘budaya’) each have a positive and significant effect on teacher instruction (‘ajar’). motivasi also has a positive and significant effect on ‘budaya’, and ‘motivasi’ plays a positive and significant mediating role between ‘budaya’ and ‘ajar’. Thus, in integrating cultural knowledge into Arabic language teaching, teacher motivation (‘motivasi’) has a mediation coefficient value of 0.498, which is positive. The P-value is 0.000, which is less than the significance level of 0.05, and the T-statistics value is 10.800, which is greater than 1.96, proving that teacher motivation (‘motivasi’) significantly and positively mediates the relationship between cultural knowledge (‘budaya’) and teacher instruction (‘ajar’). Therefore, continuous professional development programs and training should be implemented to improve teachers' cultural knowledge of the Arab culture, thereby enhancing teacher motivation in teaching Arabic in schools.